Assalammualaikum....
Hai korang semua, apa kabar?
hari nie GMLC nak sahre sikit mengenai pelbagai jenis cotton yang terdapat di pasaran sekarang nie. Mungkin ada yang tak tahu, kain Cotton nie terdapat pelbagai jenis dan gred nya yang tersendiri. Dari kualiti yang paling rendah dan yang paling tinggi. Macam mana nak tahu jenis-jenis cotton tu? Haaa...sini GMLC nak bagitau untuk korang semua.
Terdapat beberapa jenis Cotton yang terkini, antaranya
1. Japanese Cotton
Kain cotton jenis
Japanese ini mempunyai bilangan benang yang cukup padat. Kelebihan kain cotton
jenis ini adalah ia tidak berbulu setelah dibasuh berkali-kali. Material kain
cotton jenis ini tidak berkilat dan mempunyai ketebalan kain yang sederhana,
pastinya tidak akan membuatkan anda berasa panas. Disebabkan kain cotton jenis
ini tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining pada bahagian dalam
kain. Pakaian yang sesuai menggunakan kain cotton jenis ini ialah baju kurung,
jubah dan sebagainya. Orang dewasa serta kanak-kanak amat sesuai memakai kain
cotton jenis ini.
2. English Cotton
Sama juga seperti kain
cotton Japanese, ia mempunyai bilangan benang yang padat dan tidak berbulu
selepas dibasuh berkali-kali. Ciri-cirinya
yang lembut walaupun mempunyai ketebalan kain yang sederhana membuatkan kain
cotton jenis English ini popular di kalangan orang lelaki juga. Apa
yang membezakan kain cotton Japanese dan kain cotton English ialah coraknya
yang masing-masing mempunyai imej tersendiri.
3. Sateen Cotton
Sedikit berbeza dari
English cotton dan Japanese Cotton di mana material kain cotton ini adalah
sedikit berkilat di bahagian luar tetapi masih mempunyai bilangan benang yang
padat. Ia memberikan efek kain satin biasa namun, ia masih sama seperti kain
cotton. Kain cotton jenis ini sangat sesuai untuk pakaian seperti baju kurung
moden serta baju kurung Pahang.
4. Paris Cotton atau
Cotton Voile
Bagi Paris Cotton pula,
ia mempunyai bilangan benang yang lebih sedikit berbanding Japenese dan English
Cotton. Pemakaian lining adalah digalakkan bagi jenis kain cotton ini jika kain
cotton tersebut berwarna cerah.
5. Lawn Cotton
Kain cotton Lawn adalah
sangat lembut dan ringan apabila dipakai dan memerlukan lining pada bahagian
dalam. Ini adalah disebabkan oleh bilangan benangnya yang kurang padat.
Material kain cotton ini
tidak berkilat dan sesuai untuk dibuat berbagai jenis baju kurung untuk orang
dewasa malah kanak-kanak juga. Namun begitu, kain cotton ini perlu direndam dan
dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijahit keran ia berkemungkinan mengalami
pengecutan pada basuhan pertama.
6. Cotton Linen
Kriteria kain cotton ini
sangat sejuk dan lembut apabila dipakai seakan-akan English cotton. Ia juga
mempunyai bilangan benang yang padat tetapi tidak sekeras seperti jenis kain
cotton yang lain. Baju kebaya atau maxi adalah cadangan pakaian yang sangat
sesuai dengan penggunaan kain cotton ini.
7. Viscose
Kain cotton viscose
adalah seakan-akan sama dengan English cotton kerana ia mempunyai bilangan
benang yang padat serta tidak berbulu selepas dibasuh. Ia perlu dicuci terlebih
dahulu sebelum dijahit kerana mungkin akan mengalami pengecutan sama seperti
kain cotton Lawn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan