Khamis, 15 Oktober 2015

Kenali Pelbagai Jenis Cotton

Assalammualaikum....

Hai korang semua, apa kabar?

hari nie GMLC nak sahre sikit mengenai pelbagai jenis cotton yang terdapat di pasaran sekarang nie. Mungkin ada yang tak tahu, kain Cotton nie terdapat pelbagai jenis dan gred nya yang tersendiri. Dari kualiti yang paling rendah dan yang paling tinggi. Macam mana nak tahu jenis-jenis cotton tu? Haaa...sini GMLC nak bagitau untuk korang semua.

Terdapat beberapa jenis Cotton yang terkini, antaranya 
1. Japanese Cotton
Kain cotton jenis Japanese ini mempunyai bilangan benang yang cukup padat. Kelebihan kain cotton jenis ini adalah ia tidak berbulu setelah dibasuh berkali-kali. Material kain cotton jenis ini tidak berkilat dan mempunyai ketebalan kain yang sederhana, pastinya tidak akan membuatkan anda berasa panas. Disebabkan kain cotton jenis ini tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining pada bahagian dalam kain. Pakaian yang sesuai menggunakan kain cotton jenis ini ialah baju kurung, jubah dan sebagainya. Orang dewasa serta kanak-kanak amat sesuai memakai kain cotton jenis ini.
2. English Cotton
Sama juga seperti kain cotton Japanese, ia mempunyai bilangan benang yang padat dan tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali. Ciri-cirinya yang lembut walaupun mempunyai ketebalan kain yang sederhana membuatkan kain cotton jenis English ini popular di kalangan orang lelaki juga. Apa yang membezakan kain cotton Japanese dan kain cotton English ialah coraknya yang masing-masing mempunyai imej tersendiri.
3. Sateen Cotton
Sedikit berbeza dari English cotton dan Japanese Cotton di mana material kain cotton ini adalah sedikit berkilat di bahagian luar tetapi masih mempunyai bilangan benang yang padat. Ia memberikan efek kain satin biasa namun, ia masih sama seperti kain cotton. Kain cotton jenis ini sangat sesuai untuk pakaian seperti baju kurung moden serta baju kurung Pahang.
4. Paris Cotton atau Cotton Voile
Bagi Paris Cotton pula, ia mempunyai bilangan benang yang lebih sedikit berbanding Japenese dan English Cotton. Pemakaian lining adalah digalakkan bagi jenis kain cotton ini jika kain cotton tersebut berwarna cerah.
5. Lawn Cotton
Kain cotton Lawn adalah sangat lembut dan ringan apabila dipakai dan memerlukan lining pada bahagian dalam. Ini adalah disebabkan oleh bilangan benangnya yang kurang padat.
Material kain cotton ini tidak berkilat dan sesuai untuk dibuat berbagai jenis baju kurung untuk orang dewasa malah kanak-kanak juga. Namun begitu, kain cotton ini perlu direndam dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijahit keran ia berkemungkinan mengalami pengecutan pada basuhan pertama.
6. Cotton Linen

Kriteria kain cotton ini sangat sejuk dan lembut apabila dipakai seakan-akan English cotton. Ia juga mempunyai bilangan benang yang padat tetapi tidak sekeras seperti jenis kain cotton yang lain. Baju kebaya atau maxi adalah cadangan pakaian yang sangat sesuai dengan penggunaan kain cotton ini.
7. Viscose
Kain cotton viscose adalah seakan-akan sama dengan English cotton kerana ia mempunyai bilangan benang yang padat serta tidak berbulu selepas dibasuh. Ia perlu dicuci terlebih dahulu sebelum dijahit kerana mungkin akan mengalami pengecutan sama seperti kain cotton Lawn.

Isnin, 12 Oktober 2015

Koleksi Cotton D'Jelita

Hari nie Leen akan perkenalkan koleksi Cotton D'Jelita yang menjadi pilihan ramai.
Cotton dengan corak yang unik dan keselesaan kain yang selesa dan tidak panas bila dipakai sememangnya menjadi pilihan setiap wanita di luar sana.

Jom kita lihat, yang mana satu pilihan korang semua....

Kain-kain ini, boleh dibeli mengikut meter panjang yang anda kehendaki, minima sekali pembelian untuk 2 meter. Sepasang biasanya 4 meter, atau korang boleh beli lebih dari 4 meter. Pembelian borong maxima 10 pasang @ 40 meter. Lagi banyak pembelian lagi banyak diskaun yang boleh diberikan....

Sepasang Cotton D'Jelita berukuran 4meter berharga RM80 SM / RM85 SS termasuk postage.
Nak Order? Mudah saja....
  • Dapatkan kod pilihan pada gambar kain. contoh : CM29
  • Whatsapp / sms no kod tersebut kepada Leen 0192691158 untuk Leen check stok terlebih dahulu.
  • Jika stok available / ada, anda boleh sertakan bayaran melalui tranfer ke akaun / bank in ke akaun yang diberi.
  • Pengesahan Slip bayaran perlu di whatsapp / sms ke Leen 0192691158
  • setelah pengesahan diterima, kain akan dipos pada hari yang sama jika bayaran diterima sebelum 3 petang. Jika selepas 3 petang, kain akan dipos keesokkan harinya.
  • Slip postage akan diberi maklum kepada pelanggan.










Pembukaan Rasmi Gobok MamaLeen Collection


Salam...hai semua.

Alhamdulillah......Hari nie leen nak perkenalkan produk baru dari Gobok MamaLeen Collection. Apa yang ada dalam Gobok MamaLeen Collection (GMLC)  nie?

Hokey, leen akan citekan serba sedikit mengenai GMLC nie kepada korang semua. Nie merupakan shop kedua MamaLeen selain Mamaleenshop yang menjual produk-produk kesihatan dari jenama Shaklee yang sangat terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi buat masa nie.

Untuk GMLC, leen memperkenalkan produk kain dari jenis Japanese Cotton & juga satin yang berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai pilihan corak dan warna yang sangat menarik untuk tatapan korang semua. Leen akan update keluaran kain-kain terbaru. Pilihan ditangan korang. Cara-cara nak order macam mana akan leen bagitahu kemudian yea.

Akan saya kongsikan koleksi - koleksi Japanese Cotton serta satin yang terkini. Tunggguuuuu.....